Projek Kami

Melihat lebih dekat bagaimana kami memastikan setiap hadith yang anda gunakan adalah sahih dan berautoriti.

Bagaimana Kami Bekerja?

Metodologi penyelidikan kami melalui tiga fasa berikut:

FASA 1

VERIFY

Proses penyaringan (screening) awal untuk menjejak hadith terus daripada sumber primer seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasa'i, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad dan rujukan muktabar yang lain bagi menjamin keberadaan nukilan.

FASA 2

RESEARCH

Setelah hadith ditemui, kami memulakan analisis terperinci terhadap rantaian perawi (sanad) dan teks hadith (matan). Setiap perawi dikaji latar belakangnya, kebersambungan rantaian sanad diteliti, dan proses perbandingan teks dilaksanakan bagi mengesan sebarang kecacatan tersembunyi yang boleh menjejaskan kualiti hadith.

FASA 3

AUTHENTICATE

Ini adalah fasa terakhir di mana kesimpulan hukum diberikan berdasarkan hasil kajian. Setiap hadith akan diklasifikasikan secara jelas sama ada ia berstatus Sahih, Hasan, Daif, mahupun Palsu agar anda dapat menyampaikannya dengan penuh keyakinan.

Bagaimana Hasil Projek Anda?

Setiap projek dihantar dalam bentuk laporan digital yang komprehensif dan mudah difahami, membolehkan anda menggunakannya dengan penuh keyakinan.

  • Sijil Verifikasi Digital
  • Laporan Analisis Lengkap
  • Rujukan Kitab & Nombor Hadith
  • Penilaian Status yang Jelas
Mulakan Projek Sekarang
Laporan Hasil Projek